04/12/2011

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Disini saya ingin berkongsi dengan cikgu-cikgu mengenai Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah saya sediakan kepada cikgu-cikgu dan pembaca sekalian. Sebelum itu mari kita ketahui terlebih dahulu apakah itu RPH.
Rancangan Pengajaran Harian atau lebih dikenali sebagai persediaan mengajar memerlukan beberapa perancangan dan perlaksanaan seperti :

1. Meneliti dan Mentafsir sukatan pelajaran
2. Membuat skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun.
3. Menyediakan persediaan mengajar harian.

Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada cikgu-cikgu. Melalui Persediaan RPH yang lengkap dan sistematik membolehkan cikgu-cikgu mencapai :

1. Menentukan objektif pelajaran supaya tidak terkeluar dari apa yang dirancang.
2. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
3.Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar. 
4. Merancang aktiviti murid-murid didalam kelas.
5. Mengawal bilik darjah dengan baik.
6. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid. 
7. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur. 
8. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
9. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mari kita lihat contoh Rancangan Pengajaran Harian yang telah saya sediakan di sini :


RPH KSSR




No comments:

Post a Comment