08/12/2011

Rakaman Pengajaran Makro dan Mikro


Rakaman Pengajaran Makro dan Mikro

Pengajaran makro dan mikro merupakan salah satu subjek pelajaran yang perlu dilalui oleh semua pelajar yang mengambil kursus pendidikan. Oleh itu, di sini saya ada menyediakan contoh rakaman pengajaran makro dan mikro yang telah saya rekodkan semasa sesi pengajaran dilakukan didalam kelas. Sebelum itu mari kita ketahui apakah itu pengajaran makro dan mikro. Menurut sharifah alwiah (1986), pengajaran mikro itu adalah satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, penggunaan white board atau papan hitam, alat bantuan mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain lagi. Dan menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran yang mengambil masa mengajar selama 5 hingga 15 minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran dalam sesuatu kumpulan guru pelatih, yang biasanya terdiri daripada 5 hingga 10 orang sahaja.

 Mari kita lihat bersama rakaman yang telah saya sediakan ini :
 


04/12/2011

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Disini saya ingin berkongsi dengan cikgu-cikgu mengenai Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah saya sediakan kepada cikgu-cikgu dan pembaca sekalian. Sebelum itu mari kita ketahui terlebih dahulu apakah itu RPH.
Rancangan Pengajaran Harian atau lebih dikenali sebagai persediaan mengajar memerlukan beberapa perancangan dan perlaksanaan seperti :

1. Meneliti dan Mentafsir sukatan pelajaran
2. Membuat skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun.
3. Menyediakan persediaan mengajar harian.

Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada cikgu-cikgu. Melalui Persediaan RPH yang lengkap dan sistematik membolehkan cikgu-cikgu mencapai :

1. Menentukan objektif pelajaran supaya tidak terkeluar dari apa yang dirancang.
2. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
3.Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar. 
4. Merancang aktiviti murid-murid didalam kelas.
5. Mengawal bilik darjah dengan baik.
6. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid. 
7. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur. 
8. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
9. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mari kita lihat contoh Rancangan Pengajaran Harian yang telah saya sediakan di sini :


RPH KSSR




22/11/2011

MODUL KSSR LITERASI

Modul Latihan KSSR Literasi Tahun 1

Untuk Cikgu-cikgu yang mengajar KSSR Literasi tahun 1 disini saya ingin berkongsi dengan cikgu-cikgu mengenai Modul Latihan untuk KSSR tahun 1. Modul latihan ini telah disediakan sendiri oleh KPM. Jadi cikgu-cikgu tiada masalah untuk memberikan latihan-latihan dalam modul ini kepada anak-anak murid.
Semoga dengan adanya modul latihan ini dapat lah kita mempertingkatkan lagi tahap kecemerlangan dan prestasi anak-anak murid disekolah terutamanya tahun 1. Untuk makluman cikgu-cikgu, modul ini terdiri daripada modul 1 hingga ke modul 9. Walaubagaimana pun disini saya hanya menyediakan modul 1 dan modul 2 sahaja. Selebihnya Cikgu-cikgu boleh terus melihat URL yang saya telah sediakan.
Sekian, Terima Kasih.

modul 1

modul 2

URL Modul 3 sehingga Modul 9

04/11/2011

Literasi Di Eduwebtv.com

MARI KITA KENAL HURUF

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa video yang telah saya muat turun daripada Eduwebtv.com dan saya muat naik pula ke laman youtube mengenai pembelajaran literasi..
Mari kita tonton bersama.








02/11/2011

Tahukah Anda Apa Itu LINUS?

MARI KETAHUI BERSAMA APA ITU LINUS

Tahukah cikgu-cikgu dan ibubapa apa itu linus dan peranannya terhadap kita dan anak-anak? Disini saya telah mengambil teks daripada KPM dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Program Literasi dan Numerasi untuk kita berkongsi bersama-sama.


Panduan Dan Pengoperasian
Program Literasi Dan Numerasi (LINUS)


Latar Belakang

Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009.

            Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti dan sistematik.

            KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas).

Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi

            Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan UNESCO).

            Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada).

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi

            Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagimeningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:

Proses Saringan
Saringan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan mac, jun dan september bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.
Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran
Modul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

Pengukuhan Amalan Pedagogi
Menyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi, latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Membina Komitmen Bagi Semua Pihak Berkepentingan
Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

Memantau Dan Menyelia
Pemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

FasiLINUS Di Peringkat Daerah
Merupakan pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.


Objektif

1.    Menggariskan bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.
2.    Memastikan pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di seluruh negara berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.
3.    Memberi kefahaman dan meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS).
4.    Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

Rancangan Tahunan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Disini saya ingin berkongsi bersama dengan cikgu-cikgu mengenai rancangan tahunan literasi bagi tahun 1 pada 2011 yang telah saya perolehi daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Cikgu-cikgu boleh semak semula rancangan tahunan ini dengan apa yang telah kita jalankan pnp kepada murid-murid kita pada tahun ini.
terima kasih
 
Rancangan Tahunan 2011

31/10/2011

MARI MENYANYI SAMBIL MENGEJA











LITERASI

Definisi Literasi

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Konstruk 1
Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2
Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 4
Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata tertutup.
 Konstruk5
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup 'ng'.
Konstruk 7
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata vokal tunggal.
Konstruk 8
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi di ftong dan vokal berganding.
Konstruk 9
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi di graf dan konsonan berganding.
Konstruk 10
Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dah akhiran.
Konstruk 11
Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12
Keupayaan membaca dan memahami bahan ransangan secara lisan atau penulisan.

27/10/2011

LAPORAN KSSR

Ketahui Lebih Detail Laporan KSSR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

APAKAH ITU KSSR?

 

Mungkin ada sebilangan daripada ibubapa terutamanya ibubapa yang mana anak-anak mendaftar bagi tahun 1 2011 ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang diperkatakan dengan KSSR. Kerana generasi ini adalah generasi pertama yang akan menggunakan KSSR mengantikan KBSR yang telah digunapakai hampir 3 dekad yang lalu. Jadi disini, kami warga sekolah akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai apa yang diikatan dengan KSSR.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang


1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

• Pembangunan modal insan
• Penghasilan pelajar celik minda
• Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
• Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

• Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
• Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai


3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah


1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

• Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
• Berasaskan Prinsip KBSR iaitu
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.


Mengapa Standard? 

• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

26/10/2011

KONSEP KSSR

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua


Disini saya ada melampirkan mengenai konsep apa itu KSSR. Sekiranya cikgu dan ibubapa masih belum mengetahui konsep sebenar KSSR bolehlah membaca lebih lanjut disini.




Konsep KSSR