31/10/2011

MARI MENYANYI SAMBIL MENGEJA











LITERASI

Definisi Literasi

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Konstruk 1
Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2
Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 4
Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata tertutup.
 Konstruk5
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup 'ng'.
Konstruk 7
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata vokal tunggal.
Konstruk 8
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi di ftong dan vokal berganding.
Konstruk 9
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi di graf dan konsonan berganding.
Konstruk 10
Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dah akhiran.
Konstruk 11
Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12
Keupayaan membaca dan memahami bahan ransangan secara lisan atau penulisan.

27/10/2011

LAPORAN KSSR

Ketahui Lebih Detail Laporan KSSR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

APAKAH ITU KSSR?

 

Mungkin ada sebilangan daripada ibubapa terutamanya ibubapa yang mana anak-anak mendaftar bagi tahun 1 2011 ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang diperkatakan dengan KSSR. Kerana generasi ini adalah generasi pertama yang akan menggunakan KSSR mengantikan KBSR yang telah digunapakai hampir 3 dekad yang lalu. Jadi disini, kami warga sekolah akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai apa yang diikatan dengan KSSR.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang


1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

• Pembangunan modal insan
• Penghasilan pelajar celik minda
• Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
• Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

• Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
• Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai


3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah


1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

• Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
• Berasaskan Prinsip KBSR iaitu
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.


Mengapa Standard? 

• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

26/10/2011

KONSEP KSSR

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua


Disini saya ada melampirkan mengenai konsep apa itu KSSR. Sekiranya cikgu dan ibubapa masih belum mengetahui konsep sebenar KSSR bolehlah membaca lebih lanjut disini.




Konsep KSSR